
PETALING JAYA: Dua syarikat yang dilantik sebagai perintis projek ‘Demand Responsive Transit’ (DRT) mempunyai kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) selain berpengalaman dalam bidang tersebut, kata Exco Pelaburan, Perdagangan, dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han.
Ng berkata, Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Rintis DRT melantik Asia Mobility Technologies Sdn Bhd dan Badan Bas Coach Sdn Bhd yang mempunyai kelulusan Apad bagi menepati piawaian pihak berwajib agar keselamatan pengguna perkhidmatan DRT terjamin.
“Susulan kepada itu, ‘Letter of Intent’ telah dikemukakan kepada syarikat pengendali perkhidmatan pada 15 Jun 2023 manakala surat pelantikan dikeluarkan pada 20 Sept 2023,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, Apad meluluskan penyertaan proses pengujian ‘Proof of Concept’…