
PETALING JAYA: Sebuah syarikat semikonduktor Malaysia dikenakan sekatan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa membekalkan tentera Rusia dengan komponen elektronik penting.
Al Jazeera melaporkan, Jatronics Sdn Bhd antara 300 entiti yang termasuk dalam senarai sekatan Washington kerana membantu Rusia dalam perang di Ukraine.
Jatronics yang berpangkalan di Kuala Lumpur, didakwa membekalkan komponen elektronik penting yang boleh digunakan dalam peluru berpandu, jet dan dron kepada Rusia.
Jurucakap Jabatan Negara AS memberitahu Al Jazeera, Jatronics membekalkan komponen kepada beberapa firma Rusia yang mempunyai kaitan dengan komplek industri ketenteraan negara itu.
Walaupun pegawai AS tidak mengesahkan komponen Jatronics digunakan dalam peralatan ketenteraan, tetapi mereka berkata syarikat itu membekalkan…