

Kerajaan melarang penyedia perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) menggunakan data kerajaan atau rakyat untuk melatih model AI mereka, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.
Menurutnya, perkara itu merupakan klausa dalam semua kontrak perolehan AI kerajaan dan syarikat AI juga tidak dibenarkan menyimpan data rakyat Malaysia selepas proses pemprosesan selesai.
“Garis Panduan Pengadaptasian AI Sektor Awam (GPAISA) juga mewajibkan agensi meminimumkan data serta menyembunyikan atau menyahnamakan data sebelum diproses oleh sistem AI,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Beliau berkata, kementeriannya sedang menggubal Rang Undang-undang Tadbir Urus AI bagi memastikan wujud akauntabiliti berkaitan sistem AI.
Beliau menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) bagaimana kerajaan memastikan data…