
Sebuah syarikat penyelesaian telekomunikasi menjadi entiti pertama di Malaysia yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, di bawah Seksyen 126 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyediakan perkhidmatan rangkaian tanpa lesen sah.
Aircom Telecommunication Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya Foo Loke Hin, 57, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan ke atas syarikat itu dibacakan di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.
Mengikut pertuduhan pertama, Aircom Telecommunication didakwa memiliki kemudahan rangkaian tanpa suatu lesen Individu Pemberi Kemudahan Rangkaian [NFP I] yang sah mengikut Seksyen 126(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Bagi pertuduhan kedua, syarikat itu didakwa memberikan perkhidmatan rangkaian tanpa suatu lesen…