Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Syarikat tempatan perlu segera laksana automasi, kata Johari

today8 September 2026

Background


DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Ghani berkata bekalan pekerja asing pada masa depan tidak akan berada pada kadar yang sama seperti hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Syarikat tempatan tanpa mengira saiz perlu segera melaksanakan automasi bertujuan memudahkan operasi dan pengeluaran tanpa bergantung sepenuhnya kepada pekerja asing, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Ghani.

Beliau berkata ini memandangkan bekalan pekerja asing pada masa depan tidak akan berada pada kadar yang sama seperti hari ini.

“Kita mahu banyak syarikat, tanpa mengira saiz sama ada mikro, kecil atau sederhana, memahami betapa pentingnya membawa automasi ke dalam operasi dan pengeluaran secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Wanita, Kecerdasan Buatan (AI) dan Ekonomi Digital.

Beliau berkata pekerja asing sebenarnya dibawa masuk untuk melakukan pekerjaan kotor, berbahaya dan sukar (3D), bukannya untuk menggantikan pekerja tempatan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post