
Seramai 1,426 pekerja, termasuk 304 pekerja tempatan, kehilangan pekerjaan berikutan penutupan operasi sebuah syarikat sarung tangan di Sepang pada 15 April, menurut Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).
Kesuma mengumumkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia sedang memantau dengan teliti proses penutupan operasi WRP Asia Pacific Sdn Bhd bagi memastikan hak dan kebajikan pekerja terlibat dilindungi.
Menurutnya, pelikuidasi dilantik syarikat menyatakan komitmen bahawa semua tuntutan berkaitan gaji dan faedah penamatan akan diuruskan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Katanya lagi, pembayaran gaji bagi Mac 2026 telah diselesaikan, manakala bayaran gaji bagi April 2026 sedang dalam proses.
Dalam pada itu, sebahagian pekerja tempatan akan ditawarkan kontrak sementara bagi menyempurnakan tugasan kritikal seperti pengurusan…