Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Syarikat umrah susun semula penerbangan, tanggung kos tambahan

today2 March 2026

Background


Madinah
Terdapat jemaah umrah yang terkandas di Jeddah dan Madinah susulan penangguhan penerbangan, akibat situasi di Asia Barat. (Gambar Wikipedia)
KUALA LUMPUR:

Beberapa syarikat pengendali umrah segera menyusun semula jadual perjalanan serta menukar penerbangan jemaah yang terkandas di Madinah dan Jeddah susulan penangguhan penerbangan pulang akibat situasi semasa di Asia Barat.

Wakil daripada Tiram Travel Sdn Bhd memaklumkan penukaran penerbangan dibuat hasil rundingan dengan beberapa syarikat penerbangan yang masih beroperasi dan kumpulan pertama jemaah yang terkandas dijangka berlepas pulang ke Malaysia esok.

“Setakat ini, 80 jemaah umrah di bawah kendalian syarikat kami terkandas di Jeddah dan Madinah. Penerbangan mereka yang sepatutnya menggunakan Malaysia Airlines (MAS) dan dijadual berlepas semalam, bertukar kepada AirAsia.

“Masa penerbangan dan berapa ramai akan berlepas esok masih belum dapat ditentukan. Semuanya bergantung kepada masa penerbangan AirAsia dan tempat duduk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post