
PETALING JAYA: Menteri Besar Amirudin Shaari disoal tentang kemungkinan ‘konflik kepentingan’ dalam pelantikan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan suami kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, untuk suatu sistem transit.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Sukri Omar, berkata Amirudin juga harus menjelaskan kenapa kerajaan negeri menganugerahkan projek itu tanpa melalui tender terbuka.
Beliau berkata penjelasan oleh exco mengenai penganugerahan itu menunjukkan “ianya adalah runding terus”.
Sukri berkata Amirudin juga harus menjelaskan apakah beliau “tidak sedar ‘conflict of interest’” susulan pelantikan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, yang mana suami Yeoh, Ramachandran Muniandy, adalah CEO.
Asia Mobility salah satu daripada dua syarikat yang terpilih untuk sistem ‘Demand-Responsive Transit’ bagi menyediakan perkhidmatan…