Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Syasya Bakal Tampil Di Konsert Dolla Ogos Ini?

today1 June 2024

Background

Penampilan khas bekas anggota kumpulan wanita, Dolla iaitu Syasya dalam konsert ‘Dolla Re:Birth The Experience’ masih menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat mereka.

Setelah hampir lima tahun berkecimpung dalam industri seni hiburan, Dolla yang dahulunya berempat kini akan melakukan konsert sulung meskipun mereka kehilangan satu anggota.

Menurut salah seorang anggota Dolla, Tabby berkata pihak Dolla setakat ini masih belum membuat perbincangan mengenai perkara tersebut, namun tidak menolak sebarang kemungkinan perkara itu boleh terjadi.

Malah, jelas Tabby juga Dolla hanya mahu memberi tumpuan untuk mengukuhkan persembahan dari segi kreativiti dan keserasian antara mereka bertiga.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kami mahu fokus persembahan secara bertiga.

“Kami ingin perkukuhkan keserasian dan kreativiti tidak kira untuk persembahan atau apa sahaja aktiviti bersama.

“Ketika ini, kami belum membuat sebarang perancangan mengenai hal tersebut. Kita lihatlah nanti sama ada perkara itu boleh terjadi atau tidak,” katanya.

Dolla

Ketika disoal sama ada idea konsert ini tercetus selepas Syasya meninggalkan Dolla, Tabby berkata rancangan ini sudah menjadi sasaran mereka sejak dua tahun lalu.

“Idea untuk mengadakan konsert ini bermula sejak dua tahun lalu. Ketika itu, kami merasakan sudah tiba masanya untuk Dolla mengadakan konsert sendiri.

“Kami hanya menunggu waktu yang sesuai agar kami boleh menunjukkan satu persembahan hebat untuk peminat.

“Kami baru melancarkan album pertama jadi Dolla dah mempunyai lagu yang cukup,” katanya lagi.

Dolla berkata demikian ketika ditemui pada sidang media bertempat di Ibu Kota pada Isnin lalu.

Dolla

Menjelang konsert yang bakal berlangsung pada Ogos ini, Dolla kini sedang sibuk menjalani latihan dari segi vokal, muzik serta aktif meningkatkan stamina.

“Dari segi persiapan selain latihan dari aspek muzik dan vokal, Dolla juga kini berusaha untuk menambahkan stamina dengan melakukan latihan kardio dan menari,” katanya.

Sebelum ini, Dolla tampil memberi respons berhubung kumpulan baharu wanita Sumandax atau SMDX dimana salah seorang anggotanya mengakui tidak mengenali mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Tidak Dikenali Oleh SMDX, Dolla Tak Terasa Hati… Terbuka Untuk Jalin Kolaborasi – “Perkara Tu Remeh, Jadi Jangan Gaduh”

Artikel Berkaitan: Syasya Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Keputusan Keluar Dolla

Written by: Aqilah


Previous post