Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Syasya Rizal Tepis Tuduhan Tolak Kepala Anak Demi Trend TikTok

today12 August 2025

Penyanyi dan bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal menepis tuduhan netizen yang mendakwa dirinya menggoncang kepala anak lelakinya yang baru berusia lima bulan dengan kuat ketika mengikuti trend video di TikTok.

Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal berkata, rakaman yang dimuat naik itu sebenarnya telah dipercepatkan (speed up), menyebabkan gerakan kelihatan lebih laju daripada sebenar.

“Ini dua kali speed, takkan saya nak gegar Bobot (panggilan manja Yassir) kuat macam tu. Chill semua,” katanya di ruangan komen video tersebut.

Sebelum ini, beberapa pengguna media sosial menegur aksi Syasya yang disifatkan berbahaya dan berisiko mencederakan anak sekiranya benar dilakukan dengan kuat.

Terdahulu, Syasya menjadi bualan hangat selepas didakwa telah makan daging babi di sebuah restoran buffet ketika bercuti di China.

Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Buka Mulut Isu Dituduh Makan Daging B*bi

Sekadar info, Syasya mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah Mohd Sapie pada 21 April 2024 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan.

@syasya.rzl

bila anaknya nonchalant macam bapaknya 🙂‍↕️

♬ original sound – 🐯ဂျူနီယာလေး🐯🇲🇲🇲🇲 – 🐯ဂျူနီယာလေး🐯🇲🇲🇲🇲

Syasya Rizal

Written by: Salma


Previous post