Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Syatilla Melvin Tak Sabar Habiskan Shooting, Mahu Fokus Pada Kehamilan

today22 October 2018

Background

Hasrat pelakon, Syatilla Melvin untuk menimang cahaya mata kedua akhirnya tercapai selepas dia disahkan hamil 2 bulan sejak September lalu.

Pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini berkongsi perkembangan kehamilannya di Instagram apabila memuatnaik video sedang menjalani Ultrasound bersama suaminya yang juga merupakan aktor terkenal, Shahiezy Sam.

https://www.instagram.com/p/BpKFMk7AK9x/?taken-by=samtilla

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon yang disenangi dengan panggilan Tilla ini turut berharap kandungannya itu sentiasa dipelihara Tuhan selain tidak sabar untuk habiskan shooting (penggambaran) demi memberi fokus terhadap kehamilannya itu.

“Berapa hari ja lagi nak hbiskan shooting,lepaihtu boleh rest sungguh2 sebab badan penat tuhan ja la yg tau? ” luahnya.

Kandungannya yang kini sudah memasuki usia 3 bulan menyebabkan Tilla mudah terasa penat dan perlukan masa rehat yang secukupnya.

Sebelum ini, Tilla pernah menyuarakan keinginannya untuk menimang cahaya mata perempuan kali ini menerusi posting di laman Instagramnya.

“Tlg doa adik syeriv perempuan pastu muka sama syeriv pastu rmbut lebat pastu bulu mata panjang pastu kulit sama syeriv pastu mata hijau?” ujarnya.

Tilla juga meminta peminat dan pengikutnya di laman sosial turut mendoakan perkara yang sama agar hasratnya itu dimakbulkan Tuhan.

Syatilla dan Shaheizy berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Written by: Jay


Previous post

Jamming Hot

Khai Bahar – #123

Nak tahu tak cara Khai Bahar menghilangkan rasa sunyi ialah dengan memelihara kucing. Biar kucing jadi penemannya ketika di rumah. Khai juga bagitahu belum sampai masanya untuk dia memikirkan teman istimewa kerana ingin memberi tumpuan kepada karier nyanyian.

today19 October 2018