Beliau menggantikan Amrin Awaluddin, yang melengkapkan penggal perkhidmatan dua tahun.

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Syed Hamadah Syed Othman dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) yang baharu, berkuat kuasa esok.
TH dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.
Syed Hamadah menggantikan Amrin Awaluddin, yang melengkapkan penggal perkhidmatan selama dua tahun sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Ahli Lembaga TH hari ini.
Pengerusi TH Azman Mokhtar dalam kenyataan sama yakin kemahiran dan pengalaman luas Syed Hamadah akan dapat meneruskan usaha memperkukuh tadbir urus serta operasi agensi itu ke tahap lebih cemerlang dan…