Bila cakap pasal TikTok, siapa je yang tak terjebak untuk buat atau tengok video-video yang best dekat dalam tu kan?
Geli hati bila melihat gelagat Syed Saddiq bersama kucing-kucingnya, siap belajar ‘dance‘ TikTok pula tu!

Syed Saddiq yang juga merupakan ahli politik muda dilihat menerusi satu posting di laman sosial Twitter beliau @SyedSaddiq yang viral baru-baru ini, gelagat beliau bersama dengan kucing-kucingnya menarik perhatian netizen.
Sorry gang tak ada yang berjaya. Tapi yang penting adalah usaha ✌🏼 pic.twitter.com/LSAbZRrAcs
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 29, 2020
Bukan itu sahaja, posting yang mendapat ribuan ‘likes’ dan ‘retweet’ itu nampaknya membuat netizen tak keruan dengan kecomelan Syed Saddiq dan kucing-kucing beliau. Ini antara reaksi netizen:
Credit laman sosial Twitter : @adolescence_aqi
Credit laman sosial Twitter : @punten143
Credit laman sosial Twitter : @hunnypies
Nampaknya Syed Saddiq lebih menambat hati para gadis-gadis di Twitter berbanding kucing-kucingnya. Korang pulak suka yang mana satu?