Khairy Jamaluddin berkata presiden Muda itu seperti kehilangan ‘market’ selepas PRU15.

PETALING JAYA: Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berada di fasa yang mencabar dalam karier politiknya, kata bekas pemimpin Umno Shahril Hamdan dan Khairy Jamaluddin.
Shahril yang juga bekas ketua penerangan Umno berkata, Muda seperti dipinggirkan oleh Pakatan Harapan (PH) dan permohonan parti itu untuk menyertai gabungan berkenaan masih belum ada kata putus.
Bercakap dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap, Khairy turut bersetuju dan berkata “market” Syed Saddiq seperti sudah hilang selepas PRU15 lalu.
Sebelum PRU15, kata Khairy, Syed Saddiq sangat popular di TikTok dan dalam kalangan pengundi muda berumur 18 hingga 21 tahun, yang kali pertama mengundi pada November lalu.
“Tetapi saya tidak tahu adakah kereta api sudah meninggal stesen. Itulah kerisauan saya tentang…
