Site icon Hot FM

Syed Saddiq mohon semakan mahkamah dapatkan peruntukan Muar


Muda yang dianggotai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat keputusan menarik diri daripada kerajaan pada September tahun lepas.

PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon semakan mahkamah ke atas keputusan kerajaan belum menyalurkan, menghentikan atau membatalkan peruntukan sebanyak RM730,300 bagi kawasan Parlimen Muar.

Ahli Parlimen Muar itu mahu mahkamah memerintahkan responden menyalurkan wang tersebut dan peruntukan buat tahun 2024.

Syed Saddiq menamakan perdana menteri dan kerajaan sebagai responden. Beliau juga memohon semakan ini bersama tiga individu lain.

Menurut affidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, Syed Saddiq mendakwa peruntukan itu dihentikan atau dibatalkan selepas partinya, Muda, membuat keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan pada September tahun lepas.

Syed Saddiq berkata keputusan kerajaan itu melanggar harapan yang sah beliau sebagai Ahli Parlimen Muar, salah dalam undang-undang, tidak munasabah, dan tidak berperlembagaan,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version