Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Syed Saddiq Zahir Ucapan Tahniah Sempena Pelantikan Anwar Ibrahim Sebagai PM Ke-10

today24 November 2022

Background

Terjawab sudah penantian selama lima hari berkenaan siapa Perdana Menteri kesepuluh Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.

Sehubungan dengan itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sempat mengucapkan jutaan tahniah kepada Perdana Menteri yang baharu itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, Syed Saddiq memuat naik gambar dia bersama Datuk Seri AnwarΒ  seolah-olah sedang berdiskusi membincangkan hala tuju negara.

“Time to focus on rebuilding Malaysia.

“Congratulations Sir, together we will make Malaysia a better place!” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar dan ada juga yang sempat berseloroh menulis Syed Saddiq lebih laju berbanding media dalam berkongsi berita gembira itu.

“Buat elok-elok eh. Penat kami pertahankan Pakatan Harapan siang malam. Buktikan! paling penting, bagilah cuti satu kali.” tulis seorang wargamaya.

Untuk info, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada jam 5 petang ini.

Written by: Aqilah


Previous post