
Cadangan Bersatu dibubar dengan ahlinya kembali kepada Umno disifatkan pandangan lapuk, sambil menyatakan Veteran Umno ‘tersangkut mimpi zaman dulu’, kata Wan Saiful Wan Jan.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu, berkata cadangan pembubaran sudah tidak relevan untuk parti besar seperti Bersatu.
Katanya, suasana politik era baru menyaksikan pelbagai parti bergabung dalam pakatan dan bekerjasama membentuk kerajaan.
“Kalau parti kecil mungkin sesuai pertimbang untuk bubar. Yang bercakap itu Veteran Umno…jadi pandangan itu pun memang menunjukkan sifat veteran yang sepatutnya dah pencen.
“Sekarang kita menyaksikan suasana politik era baru, di mana pelbagai parti bergabung dalam gabungan dan kemudian beberapa gabungan bekerjasama membentuk kerajaan. Itu realiti hari ini yang mungkin tidak disedari oleh mereka yang…