Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Syukri Yahaya Fokus Kerjaya, Enggan Terpalit Kontroversi – “Lebih Daripada Itu, Kalau Boleh Elakkanlah”

today25 January 2023

Background

“Saya hanya berlakon sahaja.”

Demikian kata-kata pelakon Syukri Yahaya apabila disoal mengenai perkembangan kerjaya pada tahun ini dalam temu bual bersama program Melodi TV3, baru-baru ini.

Menganggap lakonan adalah salah satu cabaran bagi dirinya, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu berkata dia akan memberikan yang terbaik dalam setiap hasil kerjanya.

“Semua benda dalam kehidupan, dalam kerjaya saya adalah cabaran. Saya akan cuba buat sebaik mungkin.

“Kalau kita sentiasa anggap benda itu sebagai cabaran, kita akan sentiasa buat yang lebih baik,” jelasnya.

Melihat kepada sesetengah anak seni yang mencipta populariti dengan kerap muncul di kaca TV, Syukri berpendapat setiap pelakon perlu mempunyai perancangan agar penonton tidak muak.

“Kalau boleh kita kena jarakkan muka dekat TV. Jangan back to back. Takut orang muak.

“Kita kena rancang. Ada perancangan, bila orang rindu, saya akan keluar,” tambah Syukri.

Baginya, dia tidak akan mencipta kontroversi hanya untuk meraih populariti, sebaliknya hanya beri tumpuan pada kerja.

Malah beranggapan selebriti yang hanya mengejar populariti kerana kontroversi semata tidak akan bertahan lama.

“Risau, saya selalu fikir tetapi saya letak benda itu di kemudian, untuk kekal relevan saya hanya fokus dengan kerja. Setiap kali kerja, saya akan beri, tak banyak kelainan, dapat beri sedikit pun jadi.

“Mereka punya cara untuk kekal relevan, untuk orang tahu kontroversi, benda yang tak baik untuk diri mereka. Kalau dia popular pun mesti tak lama. Orang akan kenal dia dengan apa kontroversi yang dia dah buat.

“Saya harap sampai bila-bila orang akan ingat lakonan, atittude yang bagus. Ada segelintir manusia dia suka dengan manusia yang kurang kontroversi,” jelas Syukri.

Sering menjadi dambaan peminat wanita, pelakon drama Shakira ini turut menegaskan dia tidak akan terpalit dengan sebarang kontroversi yang mengaitkan rumah tangganya.

“Sebenarnya saya cuba jadi diri sendiri. Insya-Allah jauhkanlah, Aminn. Kita elakkan, tak bertepuk sebelah tangan tak berbunyi.

“Minat saya kerana karakter-karakter dalam lakonan, saya sangat suka dan hargai sangat. Kalau suka saya punya personaliti saya sangat hargai.

“Lebih daripada itu, kalau boleh elakkanlah. Saya suami orang, anak dah dua orang,” tutupnya

Untuk info, Shukri Yahaya dan Tya atau Siti Nurfatihah Ahmad Adnan mendirikan rumah tangga pada 15 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Sumber: Melodi TV3

Written by: Aqilah


Previous post