
PETALING JAYA: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merangkul gelaran juara Terbuka Artik di Vantaa, Finland, hari ini selepas menundukkan pasangan ranking kedua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark.
Pada aksi final yang berlangsung di Vantaan Energia Areena itu, Izzuddin-Sze Fei bagaimanapun sekali lagi dipaksa bekerja keras selepas diheret dalam perlawanan tiga set sebelum menang.
Selepas tewas 15-21 pada set pertama, pasangan itu bangkit dengan memperkemaskan permainan dan berjaya menang 21-15 pada set kedua, menurut Berita Harian.
Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan aksi konsisten mereka dan melenyapkan cabaran Astrup-Skaarup pada set ketiga dengan kemenangan 21-19 dalam permainan yang berlangsung sejam 12 minit.
Selain memperbaiki kedudukan ranking, Izzuddin-Sze Fei turut pulang…