
Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izuddin Rumsani, menamatkan cabaran Malaysia di Indonesia Masters hari ini dengan meraih gelaran ketiga.
Duo tersebut menewaskan pasangan Indonesia yang sedang meningkat naik, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin, 21-19, 21-13 dalam perlawanan yang berlangsung selama 36 minit.
Perlawanan di Istora Senayan, Jakarta itu berlangsung dalam suasana hangat dengan sorakan penyokong tuan rumah, namun Sze Fei-Izuddin kekal tenang dan fokus.
Sebelum ini, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjuarai beregu campuran selepas final yang sengit, manakala Pearly Tan-M Thinaah merangkul gelaran beregu wanita melalui walkover apabila pasangan Jepun menarik diri kerana sakit.
Pencapaian tiga gelaran untuk Malaysia dalam satu kejohanan World Tour ini merupakan yang pertama dalam sejarah badminton negara.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: