Site icon Hot FM

Sze Fei-Izzuddin singkir jaguh nombor dua dunia


Ranking nombor dua dunia tewas di tangan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang tampil luar biasa pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi tersendiri dengan menyingkirkan jaguh Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.

Gandingan ranking ke-19 dunia itu ternyata tampil luar biasa apabila mengejutkan ranking nombor dua dunia dengan 21-13 dan 21-18 dalam tempoh 44 minit.

Menanti mereka di pusingan kedua, ranking ke-11 dunia, He Jiting-Ren Xiangyu, dari China.

Dua pasangan beregu lelaki negara iaitu Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing.

Wei Chong-Kai Wun menewaskan Chen Bo Yang-Liu Yi dari China dengan 21-15 dan 21-12, dan akan bertemu wakil Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan; sementara Aaron-Wooi Yik yang menewaskan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version