
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani gagal merangkul gelaran juara di pentas final Malaysia Masters selepas tewas kepada pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard.
Pasangan ranking kesembilan dunia itu akur dengan kekalahan 16-21, 17-21 kepada gandingan Denmark di ranking ke-19 dunia dalam perlawanan berlangsung selama 42 minit di Unifi Arena, Bukit Jalil, meskipun mendapat sokongan padu penyokong sendiri.
Kekalahan itu cukup mengecewakan buat Sze Fei-Nur Izzuddin, yang sedang memburu gelaran kedua mereka tahun ini selepas menjuarai Indonesia Masters pada Januari lalu.
Keputusan itu menyaksikan dua pasangan kini terikat dengan tiga kemenangan masing-masing daripada enam pertemuan mereka.
Selaku naib juara, Sze Fei–Izzuddin membawa pulang hadiah wang tunai…