Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke separuh akhir Terbuka Artik

today11 October 2024

Background


izzudin goh sze fei
Dalam pemburuan slot final Terbuka Artik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akan berdepan sama ada Man Wei Chong-Tee Kai Wun atau Liang Wei Keng-Wang Chang dari China. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 hari ini.

Dalam saingan suku akhir di Energia Areena, Vantaa, Finland, Sze Fei-Nur Izzuddin diheret beraksi hingga set penentuan sebelum berjaya mengetepikan gandingan Indonesia Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto 23-21, 19-21, 22-20 dalam pertarungan penuh mendebarkan.

Pasangan profesional negara itu akan berdepan pemenang satu lagi aksi suku akhir antara rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dengan pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam pemburuan slot final.

Turut melangkah ke separuh akhir, beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon lai Jemie selepas menewaskan rakan senegara Hoo Pang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post