
KOTA KINABALU: Sekali pandang, Tabika Kemas Al-Ghazali, di sini, kelihatan seolah-olah seperti sebuah balai polis.
Itu adalah keunikan tabika yang terletak di kawasan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hasil cetusan idea dan inisiatif seorang guru yang juga pengurusnya, Mastina Masir.
Mastina berkata ideanya timbul sejak 2017 namun ia hanya menjadi kenyataan sebaik tabika itu berpindah ke bangunan baharu, tahun lalu.
“Sebelum ini kami beroperasi di bangunan lama dalam IPK Sabah namun atas usaha Datin Faziah Abdul Hamid iaitu isteri kepada bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali, ia dipindahkan ke kawasan perumahan IPK.
“Saya terfikir untuk mewujudkan suasana pembelajaran seperti di balai polis sejak 2017 lagi. Di bangunan lama, strukturnya juga tidak ubah seperti balai polis.
“Idea ini akhirnya berjaya direalisasikan…