Singkir saya kalau mahu – Sheila Majid
KUALA LUMPUR: Didesak meletakkan jawatan atas dakwaan konon gagal menyelesai isu royalti penggiat seni, Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM), Datuk Sheila Majid menyerahkan kepada ahli untuk membuat keputusan sama ada badan itu memerlukan pengerusi dan ahli lembaga pengarah baharu pada mesyuarat agung tahunan, Isnin ini.