Alergi & Geli Dengan Nasi Sejak Kecil, Gadis Ini Harap Ada Yang Sudi Terima Kekurangan
Menerusi video yang berdurasi 12 saat itu, gadis yang mesra dipanggil Reeka mendedahkan dirinya alah dengan nasi sejak kecil. Bukan saja alergi dengan nasi malah dia juga tidak boleh makan ayam, daging, sotong, udang dan ketam.Menurut Reeka, dia hanya boleh makan ikan dan telur saja. Justeru, dia berharap bakal pasangannya sudi menerima kekurangannya kelak.