Atlet negara intai tambah pingat esok
Nagoya: Atlet negara termasuk beberapa nama besar berpeluang menambah koleksi pingat kontinjen negara menerusi beberapa acara pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, esok.
Nagoya: Atlet negara termasuk beberapa nama besar berpeluang menambah koleksi pingat kontinjen negara menerusi beberapa acara pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, esok.
Sepang: Jangan rasa diri sudah bagus. Itu antara titipan nasihat bapa kepada atlet karate, Ab Malik Abdullah kepada Muhammad Arif Afifuddin selepas anaknya meraih pingat emas di temasya Sukan Asia Hangzhou.
Kuala Lumpur: Tekong utama sepak takraw negara, Muhammad Syahir Mohd Rosdi berharap pihak bertanggungjawab dapat menambah baik sistem semakan video atau challenge di kejohanan peringkat Asean, Asia mahupun dunia.
Hangzhou: Sukan Asia Hangzhou 2022 yang berlangsung selama lebih dua minggu sudah sampai ke kemuncaknya menerusi majlis penutup yang menyentuh perasaan sekali gus mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara, malam ini.
Sepang: Pemanah lelaki negara, Khairul Anuar Mohamad masih menaruh harapan untuk layak ke Olimpik Paris 2024 meskipun peluang itu amat tipis.
Hangzhou: Sasaran tanpa warna pingat di temasya Sukan Asia Hangzhou kali ini dilihat membantu pencapaian yang diraih di temasya Sukan Asia kali ini dengan enam emas, lapan perak dan 18 gangsa
Hangzhou: Atlet kumite negara, Muhamad Arif Affifudin Ab Malik sebenarnya bertarung dalam kesakitan ketika beraksi pada final acara kumite -84 kilogram (kg) yang menyaksikan dia merangkul pingat emas selepas mengetepikan atlet Kazakhstan, Daniyar Yuldashev.
Kuala Lumpur: Selepas kejayaan meraih pingat gangsa di Sukan Asia Hangzhou, atlet gimnastik negara, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam sedang dalam misi mencari dana RM300,000 untuk meryertai kejohanan Piala Dunia Gimnastik Artistik, tahun depan.
Jinhua: Thailand sekali lagi mengecewakan Malaysia di Sukan Asia 2022, kali ini menerusi acara antara regu selepas gergasi sepak takraw itu menewaskan Malaysia 15-21, 19-21 pada final antara regu, sebentar tadi.