Dua gol Ronaldo diamkan mulut pengkritik
Houston: Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritik selepas mengharungi "minggu gelap" apabila kapten Portugal itu menjaringkan dua gol dan menjadi pemain pertama meledak dalam enam edisi Piala Dunia ketika membantu pasukannya membelasah Uzbekistan 5-0, awal pagi tadi.