Imbas untuk muat turun aplikasi

bola sepak

1935 Results / Page 214 of 215

Sukan

Mueller tonggak kejayaan Bayern | Harian Metro

Berlin: Thomas Mueller boleh meningkatkan permintaannya untuk dipanggil semula skuad Jerman ketika Bayern Munich melancarkan kempen mempertahankan Liga Juara-Juara (UCL) di gelanggang sendiri berdepan Atletico Madrid, awal pagi Khamis ini. Berjaya merekodkan 21 bantuan gol dalam Bundesliga musim lalu, Mueller meneruskan aksi cemerlang dengan meledak lima gol dan mencipta empat bantuan jaringan setakat ini pada sesi 2020/21. Pemain berusia 31 tahun menjaringkan dua gol ketika membantu... Klik sini untuk baca […]

today20 October 2020

Sukan

Liverpool perlu dapatkan pertahanan baharu

London: Jamie Carragher percaya Liverpool perlu berbelanja pada jendela perpindahan Januari ini selepas kehilangan khidmat Virgil van Dijk kerana kecederaan lutut yang serius. Pertahanan Belanda itu, terpaksa keluaran pada separuh masa pertama ketika The Reds seri 2-2 dalam pertembungan tetangga Merseyside selepas terkena terjah lewat penjaga gol Everton, Jordan Pickford. Van Dijk disahkan mengalami kecederaan serius dan dilaporkan bakal direhatkan hampir sepanjang musim ini. Carragher... Klik sini untuk baca artikel […]

today19 October 2020

Sukan

Sumareh ikrar terbaik buat Police Tero

Bangkok: Pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh yang kini beraksi bersama pasukan Liga Thai 1, Police Tero FC, berikrar memberikan aksi terbaiknya untuk membantu kelab itu mencipta kejayaan. Pemain berusia 26 tahun itu memulakan latihan pertama bersama kelab berkenaan di Stadium Police Tero di Lak Si, pada Rabu selepas tamat menjalani kuarantin wajib 14 hari di lokasi alternatif kuarantin (ASQ) di Bangkok. Sumareh yang telah mengesahkan kontrak bersama Police Tero […]

today16 October 2020

Sukan

Maguire akan bangkit – Solskjaer

London: Ole Gunnar Solskjaer berkata Harry Maguire akan "bangkit semula" selepas permulaan sukar musim ini tetapi mungkin terlepas kunjungan ke Newcastle awal pagi Ahad ini kerana kecederaan. Pemain berusia 27 tahun yang juga antara pemain pertahanan termahal dunia bergelut dengan aksi bersama Manchester United sejak terlibat dengan pertengkaran yang membawa kepada kes mahkamah di Greece pada Ogos lalu. Semalam, dia dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama ketika England tewas […]

today16 October 2020

Sukan

Hatrik Neymar bantu Brazil atasi Peru

Montevideo: Neymar meledak hatrik untuk berada dalam senarai penjaring terbanyak sejarah Brazil ketika juara Copa America menang 4-2 ke atas Peru dalam saingan kelayakan Piala Dunia, sebentar tadi. Jaringan itu menyaksikan Neymar menghasilkan 64 gol antarabangsa, kurang dua lagi daripada Ronaldo tetapi masih di belakang rekod Pele iaitu 77. Peru mendahului dua kali menerusi Andre Carrillo dan rembatan yang terbias Renato Tapia namun dua penalti kontroversi yang disempurnakan Neymar selain... […]

today14 October 2020

Sukan

Camavinga tak mahu basuh jersi Ronaldo

Paris: Bintang Perancis, Eduardo Camavinga berkata dia tidak akan membasuh jersi Cristiano Ronaldo yang diberikan kepadanya selepas pasukannya seri 0-0 menentang Portugal, semalam. Pemain kelab Rennes berusia 17 tahun itu, tidak beraksi dalam perlawanan berkenaan. Namun dia berjaya menarik perhatian pemenang lima kali Ballon d'Or itu yang memberikan jersinya selepas perlawanan. Camavinga (gambar kanan) bersama jersi yang dipakai Ronaldo. FOTO Agensi Camavinga memuat naik gambar jersi... Klik sini untuk baca […]

today13 October 2020

Sukan

Nik Sharif permata baharu Pahang

Kuantan: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh menganggap pemain tengah, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim sebagai permata baharu skuad Tok Gajah. Bekas pemain kebangsaan itu berkata, ia selepas prestasi mantap dipamerkan pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu pada tiga perlawanan. "Nik Sharif berjaya menjaringkan tiga gol dalam tiga berlawan berturut-turut, masing-masing satu gol pada setiap perlawanan. "Bagi saya, Nik Sharif permata yang mula berputik dalam skuad Pahang. Oleh itu saya harap dia... Klik […]

today13 October 2020

Sukan

Melaka mangsa kerakusan JDT | Harian Metro

Melaka: Johor Darul Ta'zim (JDT) menutup saingan Liga Super menerusi aksi tanpa kalah selepas mencatat kemenangan menewaskan Melaka 5-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi. Menguasai hampir keseluruhan babak pertama barisan pelawat bagaimanapun gagal memecah kebuntuan jaringan selepas Melaka kental bertahan. Malah beberapa peluang mereka yang terhidang berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali selain tersasar. Peluang terbaik buat JDT mencipta gol pembukaan... Klik sini untuk baca […]

today10 October 2020

Sukan

Hatrik Ifedayo cetus pesta gol Selangor

Shah Alam: Sentuhan pengendali sementara Selangor, Michael Feichtenbeiner nyata benar-benar menjadi apabila Red Giants berjaya mencatat kemenangan besar kali kedua berturut-turut apabila menewaskan Felda United 6-1 sebentar tadi. Ia hadir selepas kemenangan besar 7-0 ke atas PDRM FC minggu lalu ketika Feichtenbeiner baru sahaja mengambil alih pasukan daripada B Sathianathan hujung bulan lalu. Pada aksi di Stadium Mini UiTM Shah Alam itu, anak buah Feichtenbeiner mendahului 1-0 hasil... Klik sini […]

today10 October 2020