Ahmad Zahid harap Malaysia tuai sekurang-kurangnya 2 emas di Olimpik
Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menaruh harapan tinggi kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk mendapatkan sekurang-kurangnya dua pingat emas di temasya Sukan Olimpik akan datang selepas terbinanya sebuah ibu pejabat baharu di Bukit Jalil nanti.