Dr Rafidah Dedah Nama Frontliners Dipotong Terima Vaksin Awal Untuk Beri Laluan Kepada VIP
Menerusi ciapannya, beliau telah meluahkan rasa kecewa tentang hal berkenaan dan menyeru kepada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mengeluarkan senarai nama tersebut.Susulan kes itu, YB Khairy Jamaluddin telah membalas ciapan Dr Rafidah dan berkata beliau telah memaklumkan hal tersebut kepada Dr Noor Hisham agar tiada pemotongan nama petugas barisan hadapan lagi selepas ini.