Imbas untuk muat turun aplikasi

GOLF

139 Results / Page 15 of 16

Sukan

Morikawa raih kejuaraan utama kedua

Sandwich: Walaupun kali pertama beraksi di Terbuka British ia tidak menghalang Collin Morikawa untuk ditabalkan sebagai juara selepas mengetepikan Jordan Spieth dengan kelebihan dua pukulan di Royal St George.

today19 July 2021

Sukan

Johnson sisih Olimpik, fokus Jelajah

Ponte Vedra Beach, Florida: Pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson berkata dia tidak akan bertanding di Sukan Olimpik Tokyo pada musim panas ini. Berdasarkan jadual padat menjelang Sukan Musim Panas itu yang ditunda dari 2020 kerana pandemik koronavirus, Johnson juara bertahan FedEx berkata dia lebih memilih untuk menumpukan Jelajah PGA. "Saya tak mahu mendesak diri ini menyertainya. Ia membabitkan perjalanan jauh dan saya rasa WGC [Kejohanan Golf Dunia) berlangsung seminggu […]

today19 March 2021

Sukan

Jessica ungguli LPGA Tournament of Champions

Miami: Jessica Korda meraih kemenangan dramatik pada aksi playoff untuk menjuarai Jelajah LPGA Tournament of Champions di Florida. Jessica yang melakukan 60 pukulan di pusingan ketiga, mencatat 66 di pusingan keempat untuk menamatkan kedudukan selaku pendahulu dalam kelompok teratas dengan 24 bawah bersama Danielle Kang. Danielle adalah pendahulu sebelum itu dengan kelebihan dua pukulan dan melakukan 68 pada pusingan akhir. Jessica kemudiannya membenam birdie dari jarak 25 kaki pada lubang... […]

today25 January 2021

Sukan

Westwood jaguh nombor satu Eropah

Dubai: Pemain Britain, Lee Westwood dinobatkan pemain nombor satu Eropah buat kali ketiga dalam kariernya selepas menduduki tempat kedua di belakang rakan senegara, Matthew Fitzpatrick yang menjuarai penutup musim Jelajah Eropah di Kejohanan Jelajah Dunia DP, semalam. Westwood memenangi Trofi Harry Vardon selepas menjulangnya kali pertama 20 tahun lalu dengan mencatat 14 bawah par pada pusingan akhir di Jumeirah Golf Estates, Dubai dan mengakhirinya dengan satu pukulan di belakang... Klik […]

today14 December 2020

Sukan

Thomas pilihan utama juarai Mayakoba

Los Angeles: Justin Thomas hanya satu-satunya pemain dalam kelompok 10 teratas di lapangan dan muncul pilihan utama menjuarai Mayakoba Golf Classic, kejohanan terakhir Jelajah PGA Amerika Syarikat musim 2020. Pemain nombor tiga dunia, Thomas berpeluang cerah selepas Dustin Johnson yang menduduki ranking nombor satu tidak mengambil bahagian dalam kejohanan di El Camaleon Golf Club. Thomas yang meraih dua kejuaraan pada 2020 menduduki tempat keempat Masters selain lima kali berturut-turut... Klik […]

today3 December 2020

Sukan

Kiradech mahu gilap prestasi di Mexico

Mexico City: Bintang golf Thailand, Kiradech Aphibarnrat kembali ke Jelajah PGA dengan menyertai Mayakoba Classic yang bermula esok selepas positif Covid-19 bulan lalu. Kiradech yang dijangkiti virus pada 11 November meraih penamat terbaik tahun ini 10 hari sebelumnya apabila berkongsi tempat ke-11 di Bermuda tetapi dia yang menduduki ranking 246 dunia tidak beraksi sejak itu. "Saya negatif sekarang tetapi masih lagi terasa sakit. Saya demam enam hari dan berasa lemah. […]

today2 December 2020