Holgado sudah tiba di Brunei
Kuala Lumpur: Selepas hampir setahun tidak beraksi akibat penggantungan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), penyerang naturalisasi negara, Rodrigo Holgado akhirnya dilihat kembali menyertai sesi latihan apabila berkongsi gambar keberadaannya di pusat latihan Brunei DPMM FC menerusi Instagram Story miliknya.