Bikin 12 filem dalam 24 bulan
KUALA LUMPUR: Ketika sektor industri kreatif menanti detik penetapan semula atau ‘reset’ kesan penularan COVID-19, syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd memeterai projek mega menghasilkan 12 filem bagi tempoh 24 bulan akan datang.