Kuala Lumpur: Bintang muda sensasi negara, Arif Aiman Hanapi dikhabarkan tidak sempat meraikan kemenangan besar Harimau Malaya 5-1 ke atas Laos selepas difahamkan akan terus terbang ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri majlis Anugerah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2025 yang dijadualkan berlangsung esok di Pusat Kebudayaan King Fahd.
Kuala Lumpur: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akui dan mengesahkan Badan Kehakiman FIFA berjaya menemui bukti termasuk memperoleh salinan asal sijil lahir sebenar dari negara asal tujuh pemain termasuk datuk dan nenek.
Kota Bharu: Hasrat Kelantan Red Warrior (KRW) mencipta kemenangan pertama di laman sendiri tidak kesampaian apabila seri tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Johor Darul Taazim (JDT II) dalam perlawanan Liga A1 Semi Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Johorr Bahru: Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Afiq Fazail dan atlet ping pong kebangsaan, Tee Ai Xin dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Johor di majlis Anugerah Sukan Johor (ASJ) kali ke-31 yang diadakan di Dewan Kenanga, Majlis Bandaraya Johor Bahru, malam tadi.
Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan tiga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dihalang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sepanjang tempoh penggantungan berkuatkuasa serta-merta.
Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menjatuhkan hukuman ke atas badan induk itu serta tujuh pemain warisan negara.
Johor Bahru: Selepas beberapa kali disisih dalam kesebelasan utama, penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva bagaikan melepas geram apabila meledak hatrik ketika membantu pasukannya menundukkan Bangkok United 4-0 dalam aksi Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang semalam.
Iskandar Puteri: Johor Darul Ta'zim (JDT) mudah merentap ego Bangkok United apabila meratah kelab dari Thailand itu 4-0 pada aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.