London: Masalah kecederaan terus menghantui Chelsea ketika mereka bersiap sedia untuk menerima kunjungan Ajax dalam saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, pada awal pagi Khamis ini.
London: Virgil van Dijk menegaskan Liverpool tidak seharusnya panik walaupun mengalami dua kekalahan berturut-turut buat kali kedua di bawah kendalian Arne Slot, selepas tewas kepada Galatasaray, semalam.
Limassol (Cyprus): Harry Kane terus membuktikan ketajamannya apabila meledak dua gol ketika Bayern Munich membelasah pendatang baharu Liga Juara-Juara, Pafos 5-1, awal pagi tadi.
London: Jose Mourinho dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Benfica, dan antara tugasan awalnya ialah berdepan bekas kelabnya Chelsea, lapor PA Media/dpa.
Frankfurt: Eintracht Frankfurt bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan bergaya apabila membelasah Galatasaray 5-1 dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Paris: Paris Saint-Germain (PSG) meneruskan rentak garang selaku juara bertahan Liga Juara-Juara apabila memulakan kempen baharu dengan menundukkan Atalanta 4-0 di Parc des Princes, awal pagi tadi.
Madrid: Kylian Mbappe menjadi wira Real Madrid apabila menyempurnakan dua sepakan penalti sekali gus membantu juara 15 kali itu membuka kempen Liga Juara-Juara (UCL) dengan kemenangan penuh kontroversi 2-1 ke atas Olympique Marseille, awal pagi tadi.
Paris: Musim baharu Paris Saint-Germain (PSG) dijangka benar-benar bermula minggu ini apabila juara bertahan Liga Juara-Juara (UCL) itu membuka kempen Eropah dengan penuh tanda tanya sama ada skuad kendalian Luis Enrique mampu lagi bertahan dengan jadual padat yang memenatkan.