Padang bukan faktor penentu kekalahan Malaysia – Darren
Kuala Lumpur: Penyerang Harimau Malaya Darren Lok percaya bahawa padang bukanlah faktor penentu kekalahan 0-2 Malaysia menentang Oman pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini malam tadi.