City hampiri Wembley, Newcastle enggan mengalah
London: Misi bangkit daripada ketinggalan dua gol pada aksi separuh akhir pertama menjadi cabaran utama juara Piala Liga, Newcastle United apabila mereka berkunjung ke Stadium Etihad untuk berdepan Manchester City pada perlawanan separuh akhir kedua, awal pagi Khamis ini.