Imbas untuk muat turun aplikasi

Neymar

63 Results / Page 7 of 7

Sukan

Kehadiran Messi tambah tekanan Pochettino

Paris: Ketibaan Lionel Messi di Paris Saint-Germain (PSG) menyaksikan kelab itu mempunyai barisan jentera serangan cukup digeruni dan kini jurulatih, Mauricio Pochettino berdepan tekanan untuk memastikan kejayaan di atas padang seperti yang diinginkan pemilik kelab berkenaan.

today13 August 2021

Sukan

Neymar gelak dakwaan anjur parti mega

Rio de Janeiro: Neymar hanya ketawa dengan dakwaan kontroversi mengadakan parti mega Tahun Baru tertutup yang dihadiri 500 tetamu. Dia sebaliknya memuatnaik video persiapan makan malam sederhana bersama keluarga dan rakan terdekat. Superstar bola sepak itu berdepan kritikan hebat di Brazil yang berdepan ancaman Covid-19 sangat serius membabitkan jumlah kematian yang tinggi. Bagaimanapun, dalam Instagramnya dia menunjukkan perancangan sambutan Tahun Baru yang dianggap berskala kecil.... Klik sini untuk baca artikel […]

today1 January 2021

Sukan

PSG tewas, Neymar cedera | Harian Metro

Paris: Paris Saint-Germain terlepas mahkota Ligue 1 selepas tewas 0-1 di tempat sendiri kepada Lyon dan situasi mereka bertambah sukar apabila Neymar diusung keluar susulan mengalami kecederaan buku lali. Jaringan Tino Kadewere pada babak pertama membolehkan Lyon menang kali ketujuh dalam lapan perlawanan sekali gus sama mata dengan Lille yang merampas kedudukan pendahulu susulan kemenangan 2-1 ke atas Bordeaux di tempat sendiri. PSG jatuh ke tangga ketiga selepas tewas kali […]

today14 December 2020

Sukan

Seorang lagi pemain PSG positif Covid-19

Paris: Seorang pemain Paris St Germain (PSG) yang tidak didedahkan nama diuji positif Covid-19 dan akan terlepas aksi Ligue 1 berdepan Dijon awal pagi esok. PSG dihimpit masalah pemain dijangkiti virus berkenaan sejak awal musim ini, apabila Neymar, Kylian Mbappe, Angel Di Maria dan Leandro Paredes kesemuanya diperintah melakukan kuarantin. Mereka terpaksa melakukan kuarantin sebaik pulang daripada Ibiza, selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang menyaksikan kelab berkenaan kalah... Klik sini […]

today24 October 2020

Sukan

Ronaldo pulang ke Itali naik jet ambulans

Lisbon: Cristiano Ronaldo, yang diuji positif Covid-19, meninggalkan kem pasukan Portugal hari ini berdekatan Lisbon untuk pulang semula ke Itali dengan jet ambulans persendirian. Pemain Juventus itu menaiki jet ambulans persendirian tengah hari semalam dari lapangan Tires, di pinggir Lisbon, berdasarkan gambar yang disiarkan CMTV. Persekutuan Bolasepak Portugal mengumumkan bahawa Ronaldo diuji positif Covid-19 Ahad lalu, sehari selepas Portugal mencatatkan keputusan seri 0-0 dengan... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today14 October 2020

Sukan

Hatrik Neymar bantu Brazil atasi Peru

Montevideo: Neymar meledak hatrik untuk berada dalam senarai penjaring terbanyak sejarah Brazil ketika juara Copa America menang 4-2 ke atas Peru dalam saingan kelayakan Piala Dunia, sebentar tadi. Jaringan itu menyaksikan Neymar menghasilkan 64 gol antarabangsa, kurang dua lagi daripada Ronaldo tetapi masih di belakang rekod Pele iaitu 77. Peru mendahului dua kali menerusi Andre Carrillo dan rembatan yang terbias Renato Tapia namun dua penalti kontroversi yang disempurnakan Neymar selain... […]

today14 October 2020

Sukan

Neymar bantu PSG bedal Angers

Paris: Juara Perancis, Paris St Germain terus mempamerkan kebangkitan dengan membelasah Angers 6-1 dengan Neymar menjaringkan dua gol dalam aksi Ligue 1, awal pagi tadi. Alessandro Florenzi, Julian Draxler, Idrissa Gana Gueye dan Kylian Mbappe turut menemui sasaran di Parc des Princes bagi membolehkan juara Perancis meraih kemenangan keempat berturut-turut selepas memulakan kempen dengan dua kekalahan. Skuad Thomas Tuchel melonjak ke tangga kedua, satu mata di belakang pendahulu, Rennes... Klik […]

today3 October 2020

Sukan

Neymar tak bayar cukai hampir RM170 juta

Madrid: Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar berhutang lebih banyak cukai berbanding individu lain dalam senarai hitam pihak berkuasa Sepanyol, iaitu sebanyak 34.6 juta euro (RM168.8 juta), menurut dokumen rasmi yang diterbitkan hari ini. Bintang Brazil itu yang beraksi bersama Barcelona dari 2013 sehingga 2017 sebelum berhijrah ke PSG dengan nilai 222 juta euro (RM1.08 bilion) - perpindahan paling mahal dalam sejarah - mendahului senarai ribuan nama yang diterbitkan di laman […]

today30 September 2020

No more entries