PKBM harap peruntukan skuad lebuh raya dikembalikan
Kuala Lumpur: Selepas pelbagai kejayaan dicipta pelumba lebuh raya negara, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dapat memberikan semula peruntukan RM1.5 juta yang ditarik pada 2013.