Kuala Lumpur: Cabaran Malaysia pada kejohanan badminton Terbuka Denmark 2024 berakhir selepas wakil terakhir negara, Pearly Tan-M Thinaah tewas di peringkat suku akhir.
Kuala Lumpur: Skuad badminton remaja negara terus mempamerkan aksi cemerlang apabila mengesahkan dua pingat gangsa dalam saingan individu selepas beregu lelaki, Aaron Tai-Kang Khai Xing dan beregu wanita, Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi menempah slot separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nanchang, China, sebentar tadi.
Kuala Lumpur: Pengarah teknikal skuad terjun negara Bryan Nickson Lomas yakin Datuk Pandelela Rinong mampu mengumpul sekurang-kurangnya 290.00 mata pada Terbuka Malaysia 2024 di Pusat Akuatik Nasional di sini bulan depan.
Kuantan: Kerajaan Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju menaikkan insentif pingat emas atlet Para Sukan Malaysia (Sukma) negeri itu berjumlah RM6,000 berbanding RM5,000.
Paris: Panahan jaguh memanah para negara S Suresh pada Sukan Paralimpik Paris 2024 terhenti selepas tersingkir dari pusingan penyingkiran 1/8 di Invalides, di sini hari ini.
Kuala Lumpur: Hasrat peminat sukan tanah air untuk melihat pingat ketiga negara menjelma tidak kesampaian apabila pemain badminton negara Muhammad Fareez Anuar kecundang di tangan wakil Indonesia Dheva Anrimusthi pada penentuan gangsa perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.
Paris: Pelari pecut Itali, Valentina Petrillo mencipta sejarah apabila menjadi atlet transgender pertama beraksi di Sukan Paralimpik.
Paris: Salah satu akibat daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine menyebabkan rakyat Ukraine bertebaran ke seluruh dunia, memisahkan keluarga dan rakan-rakan. Namun, Paralimpik di Paris menghasilkan satu pertemuan semula yang penuh emosi antara seorang guru dan dua anak yatim.