‘Masih ada masa jadikan musim ini istimewa’ – Amorim
Manchester: Manchester United boleh mengubah musim yang suram menjadi kenangan manis, kata Ruben Amorim selepas menyaksikan pasukannya bangkit untuk menewaskan Lyon 5-4, awal pagi tadi, dan mara ke separuh akhir Liga Europa menerusi agregat 7-6.