Lengkapi Keperluan Pengguna, SHARP Perkenalkan Produk Bagi Penyelesaian Hidup Norma Baharu
New Norm Living Solutions.
New Norm Living Solutions.
SHARP memperkenalkan tiga kategori di bawah Penyelesaian Hidup Norma Baharu. - FOTO Facebook SHARP Malaysia MALAYSIA yang kini berada di fasa peralihan ke endemik menyaksikan perubahan gaya hidup dan tabiat rakyat supaya dapat disesuaikan dengan norma baharu. Pelbagai aktiviti terpaksa dihadkan dan ditukar cara misalnya mencuci pakaian secara kerap bagi mengelakkan penyebaran virus melalui udara, berhibur di rumah bagi mengurangkan sentuhan fizikal dan banyak lagi.