AFC sahkan slot tambahan ACLE belum diputuskan
Kuala Lumpur: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa slot tambahan bagi setiap negara dalam Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) masih belum diputuskan dan perkara itu akan dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat Jawatankuasa Bola Sepak Profesional pada Jumaat ini.