Imbas untuk muat turun aplikasi

UFC

24 Results / Page 3 of 3

Sukan

Rambo peminat McGregor rupanya | Harian Metro

London: Conor McGregor berhak memperolehi saham di UFC, menurut legenda filem, Sylvester Stallone. Bekas juara dunia dua kategori berusia 32 tahun itu kembali daripada persaraan apabila berdepan Dustin Poirier di UFC 257 Ahad ini. Ketika McGregor bersara daripada UFC buat kali kedua, Stallone berkata The Notorious sepatutnya diberi peluang memiliki saham. Bercakap kepada TMZ Sports, pelakon veteran berusia 73 tahun itu memberi bayangan sedia membantu McGregor. Ketika ditanya sama ada […]

today21 January 2021

Sukan

Kali ini Khabib pasti ditumpaskan

London: Rakan pelatih Conor McGregor berkata, pertarungan ulangan dengan Khabib Nurmagomedov tidak akan berlangsung sengit kerana bintang UFC itu kini mempunyai cara pemikiran yang betul. McGregor ditewaskan oleh Khabib pada pusingan keempat di UFC 229 pada 2018. Dillon Danis membantu jaguh Ireland itu mempersiapkan diri menghadapi pertarungan itu dan turut terbabit dengan 'percakaran' kedua-duanya selepas tamat perlawanan. Adegan panas itu menimbulkan dendam di hati McGregor untuk... Klik sini untuk baca […]

today30 December 2020

Sukan

Khabib bersumpah di atas kubur bapa

London: Khabib Nurmagomedov tidak mungkin bertarung semula selepas bersumpah di atas kubur bapanya bahawa dia akan kekal bersara, menurut jaguh lightweight UFC, Charles Oliveira. Demi menunaikan janji kepada ibunya, 'The Eagle' mengumumkan persaraan selepas menewaskan Justin Gaethje di UFC 254 pada Oktober lalu. Abdulmanap Nurmagomedov yang meninggal dunia susulan komplikasi Covid-19 memainkan peranan penting dalam membantu anaknya memegang rekod 29-0. Tetapi Oliveira yang akan berdepan... Klik sini untuk baca artikel […]

today9 December 2020

Sukan

Khabib tewas pujukan White | Harian Metro

London: Khabib Nurmagomedov memberi bayangan besar untuk kembali ke UFC selepas memberitahu Dana White 'Jumpa anda tak lama lagi'. Masa depan Khabib dalam sukan seni bela diri campuran mencetuskan spekulasi apabila dia membuat kejutan dengan mengumumkan persaraan selepas menewaskan Justin Gaethje bulan lalu. Ia pertarungan pertama sejak kematian bapanya, Abdulmanap yang meninggal dunia pada usia 57 tahun akibat komplikasi koronavirus. Tetapi sebelum itu, Khabib mengesahkan bapanya selalu... Klik sini untuk […]

today26 November 2020

Sukan

’30-0′ petanda Khabib kembali bertarung

London: Pengurus Khabib Nurmagomedov memberi bayangan jaguh seni bela diri campuran (MMA) itu akan kembali ke oktagon UFC walaupun mengumumkan persaraannya selepas menewaskan Justin Gaethje bulan lalu. Juara lightweight UFC itu melebarkan rekod 29-0 menerusi kemenangan ke atas Gaethje di Abu Dhabi dan selepas itu dia membuat keputusan mengejutkan dengan mengumumkan persaraannya. Ia sebagai menunaikan janji Khabib kepada ibunya yang tidak mahu bertarung lagi selepas kematian bapanya tahun... Klik sini […]

today11 November 2020

Sukan

Khabib mahu jadi jagoan terbilang MMA

London: Khabib Nurmagomedov mendedahkan cita-citanya untuk menjadi Floyd Mayweather MMA sebelum bersara daripada UFC. Legenda tinju, Mayweather bersara daripada sukan itu dengan rekod hebat 50-0 selepas menewaskan Conor McGregor pada Ogos 2017. Nurmagomedov yang turut menewaskan Notorious pada Oktober 2018 kini memegang rekod 28-0 di oktagon. Dia berusaha melebarkan catatan itu kepada 29 apabila mempertahankan gelaran lightweight dengan menentang Justin Gaethje di UFC 254 pada Sabtu ini.... Klik sini untuk […]

today19 October 2020

No more entries