KOM akan ke AS untuk pujuk Azeem sertai Sukan Sea
Kuala Lumpur: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini memutuskan untuk terbang ke Amerika Syarikat (AS) dalam usaha membawa pulang jaguh pecut, Muhammad Azeem Fahmi bagi mewakili negara ke temasya Sukan Sea Kemboja, Mei ini.