Guardiola belum berhasrat tinggalkan Man City
Barcelona: Pep Guardiola tidak berhasrat untuk meninggalkan Manchester City dalam masa terdekat.
Barcelona: Pep Guardiola tidak berhasrat untuk meninggalkan Manchester City dalam masa terdekat.
Stuttgart, Jerman: Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps berkata, skuadnya yang dibelenggu kecederaan masih mempunyai kualiti untuk menyukarkan juara bertahan Liga Negara-Negara, Sepanyol dalam aksi separuh akhir awal pagi esok, dengan Portugal menanti pemenang di pentas akhir pada Ahad.
Toronto, Kanada: Juara Masters, Rory McIlroy, akhirnya membuka mulut mengenai keengganannya bertemu media sepanjang Kejohanan PGA, sambil mengakui dia tidak berpuas hati dengan cara berita mengenai driver miliknya yang tidak mengikut piawaian dibocorkan kepada umum.
Jakarta: Patrick Kluivert berkata beliau ‘sangat yakin’ Indonesia akan memperoleh keputusan positif menentang China di hadapan penyokong yang memenuhi stadium di Jakarta, esok, sekali gus menghampiri peluang melakar sejarah layak ke Piala Dunia buat kali pertama.
Manchester: Manchester City bersetuju untuk menandatangani pemain tengah Belanda, Tijjani Reijnders dari kelab Serie A, AC Milan dengan kontrak lima tahun bernilai 55 juta euro (RM juta), menurut sumber pasukan, hari ini.
London: Peminat bertegas tidak akan memakai jersi Manchester United walaupun dibayar selepas rekaan jersi ketiga baharu kelab itu bocor di media sosial.
Rom: Ketua jurulatih Inter Milan, Simone Inzaghi akan meninggalkan kelab itu selepas empat tahun menerusi ‘persetujuan bersama’, menurut pengumuman kelab berkenaan ketika media Itali melaporkan beliau bakal berpindah ke Arab Saudi.
London: Pengendali England, Thomas Tuchel akan menghadiri Piala Dunia Kelab bermula bulan ini untuk melihat sendiri bagaimana pemain menyesuaikan diri dengan cuaca panas dan lembap yang dijangkakan.
London: Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou tetap berpegang teguh kepada komitmennya terhadap masa depan kelab meskipun berdepan kemungkinan akan dipecat oleh Pengerusi, Daniel Levy dalam masa terdekat.