
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan pampasan lebih RM300,000 kepada keluarga S Balamurugan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis, tujuh tahun lalu.
Peguam Zaid Malek, yang mewakili balu Balamurugan iaitu Natthanan Yoochomsuk dan saudara lelaki mendiang S Balraj selaku plaintif, memberitahu pemberita bahawa Hakim Su Tiang Joo memberikan RM100,000 sebagai ganti am, RM200,000 sebagai ganti rugi teruk, RM16,000 sebagai ganti rugi khas, dan RM22,000 sebagai kos.
Pada 30 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi memutuskan polis serta kerajaan bertanggungjawab atas kematian Balamurugan dan memerintahkan jumlah ganti rugi ditaksir secara berasingan, lapor Bernama.
Plaintif telah memfailkan saman pada 7 Feb 2020 terhadap polis dan kerajaan atas dakwaan cuai, mengancam, dan melakukan serangan fizikal,…