Suspek ditemui bersembunyi dalam satu kawasan semak berdekatan kolam pancing.

KUCHING: Seorang daripada dua tahanan warga asing yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah dekat sini Isnin lalu berjaya ditahan semula di sebuah kawasan kolam pancing di Jalan Kuching-Serian, pagi tadi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata suspek berusia 21 tahun itu berjaya ditahan hasil daripada makluman awam yang melihatnya di kawasan terbabit.
“Bertindak atas maklumat itu, polis dari balai Padawan ke tempat kejadian dan semasa pemeriksaan mendapati suspek adalah seorang daripada OKT (orang kena tuduh) yang melarikan diri dari Balai Polis Tapah.
“Semasa tangkapan dijalankan, tidak ada apa-apa pergelutan dan suspek didapati dalam keadaan keletihan, terdapat kesan calar di bahagian badan dan kaki dipercayai akibat bermalam di kawasan…