Hot FM

Tahanan lolos: Polis perketat kawalan sempadan


banduan larikan diri Muhammad Hassan
Operasi memburu warga Pakistan, Muhammad Hassan, yang melarikan diri diperluas. (Gambar PDRM)
KUALA LUMPUR:

Polis memperketat pemeriksaan di semua pintu sempadan negara bagi mengesan tahanan reman warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh, Selangor pada Khamis lepas.

Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata kawalan ketat itu bagi mengelakkan suspek Muhammad Hassan, 24, melarikan diri ke luar negara.

“Operasi mencari dan menangkap suspek kini digerakkan dalam skala lebih besar merangkumi bantuan Pasukan Gerakan Am, Pangkalan Gerakan Udara serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

“Polis memberi jaminan keselamatan awam masih terpelihara. Namun begitu, orang ramai perlu sentiasa peka dan tidak mengambil mudah setiap perkara yang dilakukan,” menurut kenyataan.

Suspek melarikan diri daripada kawalan polis di Padang Kawad Penjara Sungai Buloh pada 6 petang selepas menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber: